10 Jenis Mandian Para Ibu Patut Buat Selepas Bersalin

10 Jenis Mandian Para Ibu Patut Buat Selepas Bersalin

10 Jenis Mandian Para Ibu Patut Buat Selepas Bersalin

10 Jenis Mandian Para Ibu Patut Buat Selepas Bersalin – Lepas je bersalin, pasti badan rasa tak selesa sangat. Kak fara pernah alami situasi ini. Tapi, kenapa ya? Letih, lesu, tak bermaya, dah tentu buat ibu rasa tak selesa.

Hmm… bukannya tak mandi masa berpantang, tapi badan tetap rasa tak segar. Sebenarnya semasa berpantang, ibu tetap kena mandi ye. Jangan tak mandi!

Kenapa kak fara kata kena mandi? Mandi dapat memberikan kesegaran, mencantikkan kulit dan memberikan semangat. Hehe.

Tapi mandi bukan sebarang mandi. Haaa.. macam mana tu? Mandi ibu berpantang sangat istimewa. Selain mandian biasa menggunakan air suam, ibu amat digalakkan untuk mandi rempah, mandi lulur atau mandi bunga.

Baca sampai habis apa yang kak fara tulis ni sebab penting untuk ibu-ibu kembali segar, menarik, berkeyakinan dan bersemangat. Paling penting, pasti Encik suami pun tentu seronok tengok isteri yang makin berseri!

Okey, ini 10 jenis mandian para ibu patut buat selepas bersalin..

1. Mandi air rebusan daun elok untuk mencuci bahagian sulit wanita supaya luka cepat sembuh.

2. Gunakan serai wangi, daun pandan dan halia dalam air mandian rempah untuk membuang angin serta mewangikan badan.

3. Mandian ini juga baik untuk membersihkan tubuh terutama selepas berpeluh ketika bertarung nyawa sepanjang melahirkan anak dalam bilik bersalin.

4. Rebusan daun dan rempah juga membantu membersihkan darah nifas serta kuman yang melekat selepas bersalin.

5. Campuran halia dalam air rempah juga membantu mengeluarkan angin serta membuang toksin dalam badan.

6. Mandi lulur menggunakan tepung beras boleh mengeluarkan toksin dan dapat mengeluarkan daki dan sel-sel kulit mati pada badan.

7. Melulur juga membantu memecahkan lemak di badan, mengental dan menegangkan kulit yang kendur terutama bahagian perut.

8. Melembutkan dan menyegarkan kulit. Kesannya kulit jadi halus, lembut dan cerah!

9. Mandi lulur juga boleh menghindarkan angin sejuk masuk ke dalam badan ibu berpantang.

10.Penggunaan bahan lulur seperti beras, halba, kunyit, cekur, halia dan lain-lain lagi membantu menghilangkan bau badan.

10 Jenis Mandian Para Ibu Patut Buat Selepas Bersalin

Cara Penyediaan Air Mandian

Air mandian daun & rempah

  • a. Masukkan air bersama beberapa dedaun pilihan seperti serai wangi, daun pandan, daun inai, daun lengkuas, daun limau purut, pucuk jambut batu, daun mengkudu, daun sirih dan daun kunyit.
  • b. Masukkan juga halba untuk menghasilkan bau wangi.
  • c. Apabila air dah mendidih dan bertukar warna, masukkan pula air herba tadi ke dalam baldi dan campurkan dengan air biasa. Pastikan air dalam keadaan suam-suam kuku semasa digunakan untuk mandi.

Mandian lulur

  • a. Bahan-bahan asas lulur seperti beras yang ditumbuk, daun sirih, halba, akar wangi, jintan manis, cekur, kunyit kasturi, kunyit, halia, dan daun mengkudu. Tumbuk kesemua bahan sehingga halus dan menjadi serbuk.
  • b. Kemudian tambahkan sedikit air pada bahan lulur ini dan sapu pada badan semasa mandi. Boleh disapu sebelum atau selepas mandi.

Mandian bunga

  • a. Guna tujuh jenis bunga wangi dan pelbagai warna. Masukkan semua bunga dalam besen yang mengandungi air suam.
  • b. Lakukan pada waktu pagi selepas mengurut dan bertungku.

Kak fara teringat mandian daun serum menggunakan banyak jenis daun semasa kak fara berpantang sebelum ni. Memang menyegarkan dan terasa jugak lah aura badan lebih bertenaga. Alhamdulillah, tenaga kak fara masih kuat sampai sekarang.

Jadi, jom sama-sama amalkan 10 jenis mandian para ibu patut buat selepas bersalin ni k.


P/S: Hi mommies.. Jom lawati Kedai Fesyen Ibu Mengandung Kak Fara. Banyak KOLEKSI BLOUSE, JUBAH, KURUNG, SELUAR yang sangat cantik dan banyak pilihan warna. Fesyen baju mengandung PALING UP TO DATE dan TERKINI sangat SELESA sesuai untuk bersiar-siar, kerja pejabat, Majlis mahupun di rumah. Sila dapatkan harga DISKAUN dengan melayari Website >> FURBY MOMS << 

Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Fanpage Facebook FURBY MOMS
Instagram FURBY MOMS
Website FURBY MOMS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Secured By miniOrange