2 Resepi ‘Natural Milk-Booster’ Untuk Ibu Mengandung

2 Resepi ‘Natural Milk-Booster’ Untuk Ibu Mengandung – Sebut pasal milk-booster, bersepah dekat luar sana produk yang claim kononnya boleh tambahkan susu badan.

Tapi bagi kak fara semua nya macam kurang membantu sebab dah banyak yang kak fara cuba. Itu bagi kak fara lah, mungkin bagi mommies lain boleh membantu. Lain badan lain hormonnya kan.

Tapi kak fara lebih gemarkan milk-booster yang semulajadi taw. Sebab tak keluarkan kos yang banyak. Plus selamat lagi. Hehe.

Jadi kak fara terjumpa dua resepi milk booster yang Puan Nurrul cadangkan iaitu resepi milkbooster semulajadi yang diamalkan olehnya sendiri.

Alhamdulillah, dengan izin Allah dan usaha ini, Puan Nurrul berjaya menyusu badan sepenuhnya untuk 2 orang anak kembar lelakinya.

Jeles kak fara taw!

2 RESEPI NATURAL MILKBOOSTER UNTUK TAMBAH SUSU BADAN. SEDAP & SEMULAJADI!

Berikut adalah bahan dan cara membuat natural milkbooster.

RESEPI 1

Bahan-bahan:

  • Kurma merah
  • Longan kering
  • Gojiberry
  • Sedikit gula perang (brown sugar) 
  • Daun pandan.

Cara-cara:

Caranya mudah. Rebuskan kurma merah, longan kering dan goji berry dalam satu periuk. Sukatan air boleh agak-agak.

Untuk sedikit rasa manis, boleh tambahkan gula perang dan daun pandan untuk keharuman. Memang sedap sangat!

2 Resepi 'Natural Milk-Booster' Untuk Ibu Mengandung

RESEPI 2

Bahan-bahan:

  • Kurma merah
  • Longan kering
  • Buah kundur
  • Barli
  • Gula batu
  • Daun pandan

Cara-cara:

Caranya sama dengan resepi pertama tadi. Rebuskan semua bahan dan kemudian perasakan dengan gula batu secukup rasa. Tambahkan daun pandan untuk mewangikan lagi aroma minuman.

Rasa minuman ini ala-ala lai chee kang. Sihat dan lazat!

Bahan-bahan ini boleh cari di kedai ubat Cina / sensei. Kadang-kadang, di pasaraya biasa pun ada. Minuman ini boleh diminum suam atau sejuk, ikut citarasa sendiri. Kak fara pantang ais setahun hehehe. Stok air rebusan ini boleh disimpan dalam tempoh seminggu ye mommies!

Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *