10 Cara Sembuhkan Luka Jahitan Bersalin Dengan Cepat

10 Cara Sembuhkan Luka Jahitan Bersalin Dengan Cepat

10 Cara Sembuhkan Luka Jahitan Bersalin Dengan Cepat –  Kak fara nak tanya, pernah dengar tak tentang Episiotomi dan caesarean ? Mesti ramai yang biasa dengarkan?

Ia adalah dua jenis luka bersalin yang biasa didengar.

Keduanya memerlukan penjagaan rapi selepas melahirkan bayi. Sebelum kak fara cerita lagi lanjut tentang 10 cara sembuhkan luka jahitan bersalin dengan cepat , kak fara cerita sikit tentang episiotomi dan caesarean.

Apa Itu Episiotomi?

Episiotomi adalah luka yang berkait dengan bersalin secara normal.

Walaupun begitu, tidak semua kelahiran normal akan dilakukan episiotomi.

Episiotomi adalah berbeza dengan luka biasa. Episiotomi adalah luka akibat digunting oleh doktor. Manakala luka biasa adalah yang berlaku secara semula jadi semasa proses kelahiran.

Dulu, hampir kebanyakan wanita bersalin anak sulung secara normal akan dilakukan episiotomi. Kini tidak lagi kerana kesakitan dialami oleh mereka lebih daripada luka sendiri. Hmm.

Dari bacaan kak fara sendiri, banyak kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa episiotomi menyebabkan risiko luka menjadi lebih besar.

Hal ini berbeza dengan luka yang terjadi dengan sendirinya.

Sakitnya sedikit kerana tidak melibatkan otot yang banyak. Luka episiotomi akan sembuh dalam tempoh 10 hingga 14 hari.

Bagi menjahit luka pula, ada beberapa jenis benang yang digunakan.

Untuk episiotomi, benang yang digunakan adalah dari jenis yang menyerap sendiri. Tidak perlu dibuka pun. Antara jenis benangnya yang digunakan ialah cat gut dan vicryl.

Setiap jenis benang ada tahap kelembutan dan kekuatannya sendiri.

Makin mahal benang tersebut bermakna benangnya lebih lembut dan tahan. Kesakitan pada tempat jahitan pun kurang.

Luka episiotomi lebih cepat sembuh berbanding luka pembedahan kerana lukanya hanya sedikit.

Untuk episiotomi biasanya masa 2 minggu sudah mencukupi untuk pulih seperti sedia kala.

Biasanya rasa sakit akibat episiotomi hanya selama dua hari. Tetapi sekiranya kesakitan itu berterusan, mungkin ada jangkitan lain. Boleh buat pemeriksaan susulan.

Apa Itu Luka Caesarean?

Luka caesarean adalah luka akibat pembedahan dan terdapat dua jenis iaitu jenis menegak dan melintang. Seboleh-bolehnya doktor akan memilih cara melintang kerana lebih cepat sembuh dan kurang rasa sakit.

Untuk luka pembedahan caesarean, tempoh 10 hingga 14 hari cukup untuk kulit bercantum kembali. Biasanya semua jenis luka boleh sembuh sepenuhnya dalam masa 42 hari iaitu 6 minggu.

Luka pembedahan melibatkan banyak lapisan. Lapisan dalam rahim, lapisan pada selaput kemudian baru kulit. Ini akan menyebabkan tempoh penyembuhan sepenuhnya luka tersebut adalah 6 minggu.

Kak fara dah terangkan serba sikit informasi yang anda perlu tahu. So, jom sambung bacaan kat bawah ni tentang 10 cara sembuhkan luka bersalin dengan cepat dan selamat pula.

10 Cara Sembuhkan Luka Jahitan Bersalin Dengan Cepat

10 Cara Sembuhkan Luka Bersalin Dengan Cepat Dan Selamat

1. Memastikan kawasan luka sentiasa kering.

Bagi luka episiotomi, pastikan luka dilapkan sehingga kering selepas ke tandas dan sapu ubat luka yang diberi oleh doktor. Begitu juga dengan luka caesarean. Lepas je mandi, pastikan luka tersebut dilap kering-kering.

2. Elakkan Kawasan Luka Lembap

Jika ibu bersalin secara pembedahan caesarean ingin menggunakan bengkung, letak lapisan kapas atau tisu yang tidak melekat supaya boleh menyerap peluh agar kawasan luka tu sentiasa kering. Ini penting kerana jika lembap, jangkitan mudah berlaku ye.

3. Elak Guna Ubatan Tradisional

Tidak digalakkan menggunakan ubat-ubatan tradisional seperti minyak atau herba untuk menyembuhkan luka kerana dikhuatiri minyak tersebut mengganggu percantuman semula kulit.

Sebelum ini doktor pernah menasihatkan kak fara agar tidak meletakkan sebarang ubat-ubatan tradisional dalam tempoh 10 hari pertama selepas luka dijahit. Bila dah yakin luka bercantum, barulah doktor berikan kebebasan untuk membuat apa yang diingini pada luka tersebut.

4. Vitamin E Hilangkan Parut

Bila bercerita tentang luka, kita tidak akan terlepas dari bercerita tentang parut. Untuk mengurangkan parut atau juga dikenali sebagai ‘keloid’ terutama pada luka caesarean, elok sapu dengan vitamin E.

Keloid wujud akibat reaksi tubuh terhadap luka. Berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain. Walau bagaimanapun, sebelum vitamin E disapu, pastikan luka tersebut dah pun kering.

5. Berhati-Hati Dan Sentiasa Beringat!

Risiko jahitan terbuka tetap ada dan ia perkara biasa.

Jahitan terbuka disebabkan beberapa perkara. Antara penyebabnya ialah benang yang digunakan kerana ada benang yang cepat menyerap iaitu sebelum kulit bercantum kembali.

Selain itu, bergantung pada jenis tisu pada kawasan luka.

Ada orang tisunya terlalu nipis dan mudah terkoyak.

Ini memang berisiko untuk luka terbuka kembali selepas dijahit. Satu lagi perkara yang turut menyebabkan jahitan terbuka ialah cara jahitan. Bila jahitan terlalu ketat, masalah boleh timbul. So, hati hati.

6.Segera Berjumpa Doktor!

Sekiranya anda dapati jahitan terbuka, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Doktor akan memeriksa untuk pastikan perlu atau tak dijahit semula.

Sekiranya bahagian terbuka tidak terlalu besar, doktor akan biarkan sembuh dengan sendiri.

Andaikata jahitan yang terbuka itu besar, doktor akan jahit semula. Memang kalau dibiarkan akan sembuh tetapi tidak cantik dan otot tidak akan bercantum balik dan tidak kuat. Boleh timbul masalah lain pula nanti.

7. Kawal Kencing Manis

Untuk ibu hamil yang menghidap diabetes, akan mengambil masa untuk sembuh luka jahitan. Perlu pastikan tahap kencing manis dalam kawalan. Kandungan gula dalam darah penting agar proses penyembuhan cepat.

8.Vitamin C Yang Mencukupi

Sekiranya ingin luka cepat sembuh, banyakkan ambil makanan yang seimbang. Pastikan tubuh badan cukup vitamin terutama vitamin C sebab dapat percepatkan proses penyembuhan.

9. Multivitamin

Selepas bersalin digalakkan mengambil multivitamin.

Makan sayur dan buah dengan banyak kerana kandungan seratnya boleh kurangkan sembelit. Jika dah lebih 14 hari namun luka masih belum lagi sembuh, jumpa doktor segera kerana takut ada jangkitan.

10. Pantau Penggunaan Ubatan Tradisional

Selepas ibu bersalin, kena berhati-hati terhadap pengambilan ubat-ubatan tradisional terutamanya dari segi kebersihannya. Dikhuatiri kandungannya membahayakan kesihatan.

Ramai ibu di luar sana masih ambil mudah tentang penjagaan luka selepas bersalin.

Kak fara nasihatkan, jangan sesekali ambil remeh. 10 cara sembuhkan luka jahitan bersalin dengan cepat sangat penting untuk ibu-ibu ambil tahu.

Kak fara harap anda tidak tergolong dalam kalangan mereka ini. Ambil tahu 10 cara sembuhkan luka jahitan bersalin dengan cepat  yang kak fara dah pun kongsikan macam-macam.

Penjagaan yang rapi dari awal boleh mengelakkan perkara yang tidak diingini pada masa akan datang. Ingat tu!


P/S: Hi mommies.. Jom lawati Kedai Fesyen Ibu Mengandung Kak Fara. Banyak KOLEKSI BLOUSE, JUBAH, KURUNG, SELUAR yang sangat cantik dan banyak pilihan warna. Fesyen baju mengandung PALING UP TO DATE dan TERKINI sangat SELESA sesuai untuk bersiar-siar, kerja pejabat, Majlis mahupun di rumah. Sila dapatkan harga DISKAUN dengan melayari Website >> FURBY MOMS << 

Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Fanpage Facebook FURBY MOMS
Instagram FURBY MOMS
Website FURBY MOMS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *